Catatan

STRATEGI DAKWAH NABI NUH

D akwah Islamiah ialah menyampaikan ajaran agama Allah kepada semua manusia. Untuk itu, perlunya susuk peribadi yang aktif bergerak  dengan strategi yang tersusun. Juga perlu menggunakan pelbagai wasilah agar dakwah tersebut sampai kepada sasarannya.  Nabi Nuh as sangat yakin dengan apa yang diserunya. Yakin akan benarnya kerasulan Baginda sebagai untusan Allah. A. Menyentuh Tali Kekeluargaan   Pertalian kekeluargaan sangat signifikan dalam dakwah. Mampu melentur hati yang keras. Bertunasnya kasih sayang. Utuhnya kepercayaan. Nabi Nuh kasih kepada umatnya. Baginda membangkitkan hubungan kekeluargaan ketika menyampaikan dakwahnya dengan menyeru menggunakan panggilan "يا قوم" yang bermaksud "Wahai Kaumku".  Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pengarang Tafsir al-Wasith menafsirkan " يا قوم " :  "Ucapan yang lembut bagi menarik mereka untuk mendengar kata-katanya dan menerima suruhannya dengan penuh ketaatan. Menimbulkan perasaan bahawa dia (Nabi) adalah di ...

Gambar Sekitar Tayangan Final UEFA Champions Leauge, Pemuda PAS Parit

Imej
1. Bola api Pemuda PAS Titi Gantong vs Jawatankuasa DPPK Parit 2. Ketua Pemuda Kawasan jaringkan gol pertama perlawanan. 3. Keputusan penuh DPPK Parit 4-0 Pemuda PAS Titi Gantong.

Cerpen : Menanti Ketika

“Tahniah Imah, engkau memang layak dengan anugerah ini” puji Mardiana sambil merangkul tubuh Imah sebaik tamat upacara konvokesyen tengahari itu. Bertalu-talu ucapan tahniah diterimanya. Imah bersyukur. Walaupun anugerah bukanlah matlamat utama dia belajar, namun ia merupakan suatu kepuasan. Puas dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus dikirim, serta tawakkal yang menebal di dada terhadap Allah, Tuhan pencipta kejayaan dan kegagalan. “Bagaimanakah agaknya perasaan aku, jika berjaya melangkah masuk ke pintu syurga Allah di akhirat nanti?” soalnya dalam hati. “Ya Allah, jadikan aku sebahagian dari tetamu syurgaMu!” doanya tulus. Hari ini semua graduan meraikan kejayaan mereka bersama-sama keluarga masing-masing. Imah hanya bersendiri. Ibu tidak dapat hadir. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Penting katanya. Imah memahami. Ibu seorang yang bertanggungjawab di rumah besar itu. Kebajikan semua anak-anak terpikul di bahunya. Imah memerhati kegembiraan teman-teman graduan yang lain. Mel...

Ikut Susur Ke Arah Kejayaan

K ejayaan yang ingin kita kecapi dalam hidup ini terlalu banyak. Kita juga sentiasa mengharapkan kejayaan dalam setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini. Kejayaan dalam hidup di dunia dan juga hidup selepas mati. Dalam konteks pengajian pula, kita amat menagihkan kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran. Melayakkan kita untuk mendapat segulung ijazah mahupun pelbagai anugerah dari kecemerlangan yang kita perolehi. Anugerah dan ijazah mampu mengesat peluh dan keringat ibu bapa kita yang telah menggadai tenaga mereka demi melihat keselesaan kita dalam pengajiaan. Terlalu ramai dikalangan kita yang mengharapkan kejayaan tersebut datang dengan cara mudah. Hanya mengimiginasikannya di minda tanpa perlu bersusah payah untuk menggapai matlamat tersebut. Tidak ringan badan untuk mendaki tangga ke perpustakaan dan berkurung di dalamnya untuk menuju ke arah impian yang menjadi lakaran minda. Inilah suatu sindrom yang amat membahaya. Apabila virus ini mula menghinggapi tubuh kita, maka wa...

Usah Tunggu "Boleh"

M enjadi seorang aktivis Islam yang hebat perlu kepada persiapan diri yang dinamis. Kepelbagaian kemahiran dalam diri seorang aktivis Islam akan banyak membantu aktivis tersebut bergerak dengan lebih lancar di jalan dakwahnya. Kemahiran ini perlu dicari dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar jalan dakwah aktivis tersebut tidak semput di pertengahan medan. Namun, kepelbagaian kemahiran bukanlah titik tolak untuk melayakkan seseorang individu itu bergelar aktivis. Apa yang penting adalah kemahuan dan kesungguhan untuk menyusuri jalan dakwah ini, serta faham akan tunututan dan kewajipan menyampaikan Islam bila-bila masa dan di mana sahaja. Benar, kemahiran merupakan signifikan dalam menggerakkan kerja-kerja Islam. Akan tetapi, ianya bukan alasan untuk tidak menyumbangkan tenaga dan fikiran ke arah kemajuan Islam. Saya kurang bersetuju pada individu yang suka berkata "saya belum boleh " untuk itu dan ini. Menjadi seorang yang "boleh" tidak akan tercapai dengan ...

MINDA PRESIDEN : Krisis Mahasiswa : Pertahankan Hak Dan Maruah

Imej
Sumber asal dari web www.pmram.org D emi menggapai cita-cita mengembalikan keunggulan Islam, kita memerlukan penggerak ummah yang punya daya tahan yang kental serta jatidiri yang ampuh. Rasulullah SAW menjadikan sifat berani mempertahankan hak dan maruah sebagai silibus pembelajaran amali akhlak yang perlu dihadami oleh mereka. Jika diamati krisis mahasiswa yang berlaku, mereka semakin lama dinafikan hak yang sepatutnya wajib dipelihara. Mungkin mereka golongan yang sedang membina masa hadapan dipandang sebagai golongan lemah yang tiada nilai sehingga hak dan maruah mereka kian direntap. Ironinya fenomena pilih kasih dan kasta ini seolah-olah tidak disedari atau pura-pura tidak sedar oleh pihak-pihak berwajib. Para Ilmuan Zionis telah menetapkan 24 protokol yang menjadi dasar rancangan penguasaan mereka terhadap dunia antara lain menyebutkan; "Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu te...

Kesatuan Menjana Kegemilangan

“ Sesungguhnya Allah S.W.T mengasihi orang berjihad di jalanNya dalam satu barisan seoalah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh ” (Al-Saff : 4) S aya ingin mengajak anda menjengah ulasan atau kupasan mengenai ayat al-Quran di atas yang telah disyarahkan oleh dua orang guru saya dalam pengurusan dan kepimpinan. Kedua-duanya saya dapat dalam dua program yang berbeza, juga benua yang tidak serupa. Namun menariknya, kedua-dua mereka telah ditarbiah dalam sebuah kampus kepimpinan yang sama iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Mereka juga semasa di era kepimpinan masing-masing memacu lajnah dakwah PMRAM walaupun di atas jawatan yang berbeza. Menarik bukan? Kupasan Pertama : Dalam ayat ini Allah ingin menjelaskan kepada kita bahawa Dia amat mengasihi orang yang melaksanakan gerak kerja Islam secara berorganisasi atau bepersatuan. Dengan itu akan terbentuknya sebuah kesatuan baik dari sudut perancangan mahupun tindakan. Cuba ...