Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Artikel

Usah Tunggu "Boleh"

M enjadi seorang aktivis Islam yang hebat perlu kepada persiapan diri yang dinamis. Kepelbagaian kemahiran dalam diri seorang aktivis Islam akan banyak membantu aktivis tersebut bergerak dengan lebih lancar di jalan dakwahnya. Kemahiran ini perlu dicari dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar jalan dakwah aktivis tersebut tidak semput di pertengahan medan. Namun, kepelbagaian kemahiran bukanlah titik tolak untuk melayakkan seseorang individu itu bergelar aktivis. Apa yang penting adalah kemahuan dan kesungguhan untuk menyusuri jalan dakwah ini, serta faham akan tunututan dan kewajipan menyampaikan Islam bila-bila masa dan di mana sahaja. Benar, kemahiran merupakan signifikan dalam menggerakkan kerja-kerja Islam. Akan tetapi, ianya bukan alasan untuk tidak menyumbangkan tenaga dan fikiran ke arah kemajuan Islam. Saya kurang bersetuju pada individu yang suka berkata "saya belum boleh " untuk itu dan ini. Menjadi seorang yang "boleh" tidak akan tercapai dengan ...

Dakwah Bukan Ekstrem

Imej
D alam menongkah era milenium, Islam sentiasa dikaitkan dengan keganasan. Setiap perkara dan amalan yang benar-benar menepati syara’ dilabelkan dengan ekstrim dan teroris. Semangat jihad yang seharusnya menyinari jiwa syabab al-Islam mulai kabur dek kerana kefahaman terhadap jihad, telah dikelirukan dengan penafsiran palsu oleh musuh-musuh Islam. Label teroris terhadap para da’ie telah berjaya menjauhkan al-syabab dari ber intima dengan gerakan dakwah yang merupakan perjuangan suci dalam Islam. Tempias dari penafsiran kotor dan keji ini telah membasahi pemikiran kebanyakkan mahasiswa Islam seluruh dunia. Kehadiran mereka ke institusi pengajian tinggi adalah semata-mata untuk memberikan penumpuan seratus peratus dalam pembelajaran, tanpa sekelip pun memandang ke arah masalah global. Kebersamaan dalam aktiviti persatuan lebih-lebih lagi yang berorientasikan tarbiah dan dakwah bukan lagi satu signifikan keberadaan mereka di kampus pengajian. Malah, ada yang beranggapan, aktivit...