Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Ikut Susur Ke Arah Kejayaan

K ejayaan yang ingin kita kecapi dalam hidup ini terlalu banyak. Kita juga sentiasa mengharapkan kejayaan dalam setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini. Kejayaan dalam hidup di dunia dan juga hidup selepas mati. Dalam konteks pengajian pula, kita amat menagihkan kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran. Melayakkan kita untuk mendapat segulung ijazah mahupun pelbagai anugerah dari kecemerlangan yang kita perolehi. Anugerah dan ijazah mampu mengesat peluh dan keringat ibu bapa kita yang telah menggadai tenaga mereka demi melihat keselesaan kita dalam pengajiaan. Terlalu ramai dikalangan kita yang mengharapkan kejayaan tersebut datang dengan cara mudah. Hanya mengimiginasikannya di minda tanpa perlu bersusah payah untuk menggapai matlamat tersebut. Tidak ringan badan untuk mendaki tangga ke perpustakaan dan berkurung di dalamnya untuk menuju ke arah impian yang menjadi lakaran minda. Inilah suatu sindrom yang amat membahaya. Apabila virus ini mula menghinggapi tubuh kita, maka wa...

Usah Tunggu "Boleh"

M enjadi seorang aktivis Islam yang hebat perlu kepada persiapan diri yang dinamis. Kepelbagaian kemahiran dalam diri seorang aktivis Islam akan banyak membantu aktivis tersebut bergerak dengan lebih lancar di jalan dakwahnya. Kemahiran ini perlu dicari dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar jalan dakwah aktivis tersebut tidak semput di pertengahan medan. Namun, kepelbagaian kemahiran bukanlah titik tolak untuk melayakkan seseorang individu itu bergelar aktivis. Apa yang penting adalah kemahuan dan kesungguhan untuk menyusuri jalan dakwah ini, serta faham akan tunututan dan kewajipan menyampaikan Islam bila-bila masa dan di mana sahaja. Benar, kemahiran merupakan signifikan dalam menggerakkan kerja-kerja Islam. Akan tetapi, ianya bukan alasan untuk tidak menyumbangkan tenaga dan fikiran ke arah kemajuan Islam. Saya kurang bersetuju pada individu yang suka berkata "saya belum boleh " untuk itu dan ini. Menjadi seorang yang "boleh" tidak akan tercapai dengan ...

MINDA PRESIDEN : Krisis Mahasiswa : Pertahankan Hak Dan Maruah

Imej
Sumber asal dari web www.pmram.org D emi menggapai cita-cita mengembalikan keunggulan Islam, kita memerlukan penggerak ummah yang punya daya tahan yang kental serta jatidiri yang ampuh. Rasulullah SAW menjadikan sifat berani mempertahankan hak dan maruah sebagai silibus pembelajaran amali akhlak yang perlu dihadami oleh mereka. Jika diamati krisis mahasiswa yang berlaku, mereka semakin lama dinafikan hak yang sepatutnya wajib dipelihara. Mungkin mereka golongan yang sedang membina masa hadapan dipandang sebagai golongan lemah yang tiada nilai sehingga hak dan maruah mereka kian direntap. Ironinya fenomena pilih kasih dan kasta ini seolah-olah tidak disedari atau pura-pura tidak sedar oleh pihak-pihak berwajib. Para Ilmuan Zionis telah menetapkan 24 protokol yang menjadi dasar rancangan penguasaan mereka terhadap dunia antara lain menyebutkan; "Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu te...

Kesatuan Menjana Kegemilangan

“ Sesungguhnya Allah S.W.T mengasihi orang berjihad di jalanNya dalam satu barisan seoalah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh ” (Al-Saff : 4) S aya ingin mengajak anda menjengah ulasan atau kupasan mengenai ayat al-Quran di atas yang telah disyarahkan oleh dua orang guru saya dalam pengurusan dan kepimpinan. Kedua-duanya saya dapat dalam dua program yang berbeza, juga benua yang tidak serupa. Namun menariknya, kedua-dua mereka telah ditarbiah dalam sebuah kampus kepimpinan yang sama iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Mereka juga semasa di era kepimpinan masing-masing memacu lajnah dakwah PMRAM walaupun di atas jawatan yang berbeza. Menarik bukan? Kupasan Pertama : Dalam ayat ini Allah ingin menjelaskan kepada kita bahawa Dia amat mengasihi orang yang melaksanakan gerak kerja Islam secara berorganisasi atau bepersatuan. Dengan itu akan terbentuknya sebuah kesatuan baik dari sudut perancangan mahupun tindakan. Cuba ...

Cerita Lembu...

Imej
S aya ingin berkongsi sebuah cerita yang pernah saya dan beberapa orang teman serumah (Najid, Napi dan Ustaz Ju) borakkan di rumah sewa kami. Cerita ini bukan sekadar perbualan kosong antara kami, akan tetapi pengajaran dari cerita ini sentiasa menular di jiwa kami. Cerita ini telah dipopularkan oleh teman saya (Najid) yang mengikuti kursus Bahasa Arab di Universiti Kaherah, Mesir. Semenjak itu, meriahlah rumah kami dengan ungkapan Arab yang masyhur itu saban hari sehingga saya pernah modulkan cerita tersebut di dalam program perkhemahan dan program sambutan mahasiswa baru, persatuan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir. Pada kali ini, saya ingin anda pula yang mengambil pengajaran dari kisahnya Tapi, saya hanya masukkan teks Bahasa Melayu sahaja hasil terjemahan isteri saya yang tercinta. Mudah-mudahan anda semua terhibur... ******** D i dalam sebuah hutan belantara, tinggal seekor singa bersama tiga ekor lembu jantan yang terdiri lembu jantan putih, lembu jantan hit...

Dakwah Bukan Ekstrem

Imej
D alam menongkah era milenium, Islam sentiasa dikaitkan dengan keganasan. Setiap perkara dan amalan yang benar-benar menepati syara’ dilabelkan dengan ekstrim dan teroris. Semangat jihad yang seharusnya menyinari jiwa syabab al-Islam mulai kabur dek kerana kefahaman terhadap jihad, telah dikelirukan dengan penafsiran palsu oleh musuh-musuh Islam. Label teroris terhadap para da’ie telah berjaya menjauhkan al-syabab dari ber intima dengan gerakan dakwah yang merupakan perjuangan suci dalam Islam. Tempias dari penafsiran kotor dan keji ini telah membasahi pemikiran kebanyakkan mahasiswa Islam seluruh dunia. Kehadiran mereka ke institusi pengajian tinggi adalah semata-mata untuk memberikan penumpuan seratus peratus dalam pembelajaran, tanpa sekelip pun memandang ke arah masalah global. Kebersamaan dalam aktiviti persatuan lebih-lebih lagi yang berorientasikan tarbiah dan dakwah bukan lagi satu signifikan keberadaan mereka di kampus pengajian. Malah, ada yang beranggapan, aktivit...