Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Ikut Susur Ke Arah Kejayaan

K ejayaan yang ingin kita kecapi dalam hidup ini terlalu banyak. Kita juga sentiasa mengharapkan kejayaan dalam setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini. Kejayaan dalam hidup di dunia dan juga hidup selepas mati. Dalam konteks pengajian pula, kita amat menagihkan kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran. Melayakkan kita untuk mendapat segulung ijazah mahupun pelbagai anugerah dari kecemerlangan yang kita perolehi. Anugerah dan ijazah mampu mengesat peluh dan keringat ibu bapa kita yang telah menggadai tenaga mereka demi melihat keselesaan kita dalam pengajiaan. Terlalu ramai dikalangan kita yang mengharapkan kejayaan tersebut datang dengan cara mudah. Hanya mengimiginasikannya di minda tanpa perlu bersusah payah untuk menggapai matlamat tersebut. Tidak ringan badan untuk mendaki tangga ke perpustakaan dan berkurung di dalamnya untuk menuju ke arah impian yang menjadi lakaran minda. Inilah suatu sindrom yang amat membahaya. Apabila virus ini mula menghinggapi tubuh kita, maka wa...