Cerita Lembu...
S aya ingin berkongsi sebuah cerita yang pernah saya dan beberapa orang teman serumah (Najid, Napi dan Ustaz Ju) borakkan di rumah sewa kami. Cerita ini bukan sekadar perbualan kosong antara kami, akan tetapi pengajaran dari cerita ini sentiasa menular di jiwa kami. Cerita ini telah dipopularkan oleh teman saya (Najid) yang mengikuti kursus Bahasa Arab di Universiti Kaherah, Mesir. Semenjak itu, meriahlah rumah kami dengan ungkapan Arab yang masyhur itu saban hari sehingga saya pernah modulkan cerita tersebut di dalam program perkhemahan dan program sambutan mahasiswa baru, persatuan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir. Pada kali ini, saya ingin anda pula yang mengambil pengajaran dari kisahnya Tapi, saya hanya masukkan teks Bahasa Melayu sahaja hasil terjemahan isteri saya yang tercinta. Mudah-mudahan anda semua terhibur... ******** D i dalam sebuah hutan belantara, tinggal seekor singa bersama tiga ekor lembu jantan yang terdiri lembu jantan putih, lembu jantan hit...